GPK PPKI SK Tampin
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kami warga PPKI SK Tampin memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program kami melalui blog ini. Mudah-mudahan apa yang kami cuba kongsikan ini dapat memberi gambaran tentang perjalanan program ini dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Ucapan terima kasih saya tujukan kepada pembina Blog PPKI SK Tampin ini dan juga guru-guru yang terlibat kerana berjaya menyediakan tapak blog ini dan berkongsi maklumat-maklumat penting dalam usaha kita memperbaiki dan memperkasakan PPKI SK Tampin.
Semoga dengan usaha murni ini, kita dapat bangun sederap dan mara sepakat demi kejayaan dan kecemerlangan PPKI SK Tampin dalam mendidik insan istimewa ini ke arah modal insan impian negara.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment